Data dalam pendrive hilang!!!

Pernah tak korang mengalami situasi seperti ini? Tentu ada yang pernah baik end user atau juruteknik. Entry kali ni mod nak sharing some of tips untuk settlekan masalah macam ni.

1

Tentu gelabah ye tak sebab tetiba data study hilang, tetiba jadik shortcut, data PhD ghaib…heheheh..jom kita try sesama sebelum korang hantar ke kedai komputer…sharing is caring…

First sekali scan la pendrive/thumbdrive/external harddisk/memory card/usb stick korang tu kat komputer yg clean dari virus. Kat sini mod suggest komputer yang guna Avira. Kenapa Avira? Sebab melalui pengalaman mod, Avira takkan delete data korang or corrupt kan partition. Kalau corrupt partition maksudnya data korang tu leh dapat 50/50 sebab pendrive/thumbdrive/external harddisk/memory card/usb stick tu perlu diformat. So, paham-paham jelah kalau dah kena format kan…kalau nak recover tu pun kos lagi…ada yang ambik sampai ribuan ringgit untuk recover data external hard disk 1TB. Mintak dijauhkan kan la yer….Back to works…lepas scan of course virus dah diquarantine. Browse pendrive/thumbdrive/external harddisk/memory card/usb stick korang tu, opss..jangan double click, tapi right klik ===>Open, supaya virus yang tertinggal tak aktif.

Lepas tu delete file autorun.inf yang ada kat situ..takyah search dalam dalam folder korang sebab dia ada kat depan tu jer…then close folder.

Next steps follow pic ni..

Tekan key windows + R,

2

pastu bila Run box keluar, taip CMD ===>Enter, taraaa command prompt appear, jangan gelabah teruskan follow…

3

Pastu terus taip,   attrib -h -r -s /s /d h:\*.* (korang cuma perlu modify===> h:\*.*, dimana ‘h’ adalah partition yg korang nak) pastu Enter

4bila dah selesai dia buat kerja, dia akan jadi macam ni,

5type exit dan enter…

dan silakanlah tengok pendrive/thumbdrive/external harddisk/memory card/usb stick korang…mesti dah ada data data nya…

6

Selesai…korang memang terer…!!!Good Job.

Acer Aspire P3-131-21292G06 11.6″ Notebook/Laptop TOUCH

acer-p3-11-all

Specifications

Operating System
Genuine Windows® 8 64-bit
Processor
Intel® Pentium® 2129Y Processor – 1.1GHz, 2MB Smart cache
Chipset
Mobile Intel® HM70 Express Chipset
Display
11.6″ IPS HD 1366 x 768, high-brightness (400-nit) Acer CineCrystalTM LED-backlit TFT LCD with integrated multi-touch, supporting 10-finger touch
Graphics
Intel® HD Graphics, supporting Microsoft® DirectX® 11, OpenGL® 3.1, OpenCLTM v1.1
Memory
2 GB DDR3 system memory
Storage
60GB SSD
Audio
Optimized Dolby® Home Theater® v4 audio enhancement
Network & Communication
  • Acer Crystal Eye HD webcam with 1280 x 720 resolution, 5 MP rear camera
  • Bluetooth® 4.0+HS
  • Acer InviLinkTM NplifyTM 802.11a/b/g/n Wi-Fi CERTIFIEDTM
Interface
  • USB3.0 port
  • Micro HDMI™ port with HDCP support
Battery
40 Wh 5280 mAh 7.6 V 4-cell Li-ion battery pack Estimated battery life: 6 hours
Dimensions
190.77 (W) x 295.4 (D) x 9.95/10.15 (H) mm
Package Contains :
  • 1 x Acer P3-131-21292G06 Touch PC
  • 1 x AC Adapter
  • 1 x Acer Cover with embedded Bluetooth® keyboard
  • 1 x Micro HDMI to VGA Converter
  • 1 x User Manual
  • 1-Yr Manufacturer Warranty

Buy Now Button with Credit Cardsacer-p3-11-1

acer-p3-11-2

acer-p3-11-3

acer-p3-11-4

acer-p3-11-5

acer-p3-11-6

Buy Now Button with Credit Cards

Beberapa tip keselamatan WIFI Hotspot

hack
hack

Hackers

Korang mesti biasa guna internet melalui WIFI kedai mamak, KFC, Pizza Hut, McDonalds mahupun kedai roti canai simpang. Namun adakah korang mengambil langkah berjaga-jaga agar laptop / gajet korang tidak diceroboh? Ramai yang ambil ringan tentang permasalahan ini. Korang tahu tak bahawa hackers boleh mencuri maklumat username dan password site yang korang lawat? Yer, termasuk laman web bank dan transaksi online. Bahaya kan? Mod akan bagi beberapa tip untuk korang cuba menyelamatkan informasi peribadi korang…

1. Matikan penyesuai WiFi anda (WIFI Adapter)

Apabila anda tidak berada di rumah atau di tempat kerja, adalah tindakan bijak untuk mematikan sambungan WiFi. Jika tidak, komputer anda mungkin menyambung ke Hotspot berniat jahat secara automatik tanpa anda sedari.

2. Pastikan firewall aktif

Firewallmembantu melindungi PC dengan menghalang pengguna lain mengakses komputer anda menerusi rangkaian WiFi. Ia bertindak menghalang maklumat atau membenarkan ia melaluinya.

3. Gunakan Virtual Private Network (VPN)

Apabila memilih untuk menggunakan sambungan WiFi, pastikan ia dilengkapi dengan bentuk kunci keselamatan. Maklumat yang dihantar melalui rangkaian ini lebih sulit dan salah satu alternatifnya menggunakan VPN.

*Pengguna Windows 7 – Klik Start – Control Panel – Network and Internet – Network and Share Center – Set up a new connection or network. Pilih Connect to a Workplace – Next – Use my internet connection (VPN). Taip alamat IP dan nama sambungan pada bahagian Destination.

Masukkan nama pengguna serta kata unik sebelum klik Connect.

4. Sulitkan data

Anda boleh melindungi fail dengan menjadikannya sulit. Membuka dan mengubah suainya memerlukan kata laluan. Laksanakan prosedur hanya ke atas satu fail pada satu masa. Pertimbangkan untuk lindungi fail yang hanya digunakan semasa bekerja di tempat awam.

5. Gunakan HTTPS dan SSL

Kini, banyak laman web menggunakan HTTPS dan SSL untuk menyedia sambungan selamat. Ia protokol perhubungan komunikasi sulit. Akses laman web atau e-mel dengan dimulai https://

6. Melumpuhkan perkongsian fail dan pencetak

Perkongsian fail dan pencetak ialah ciri yang membolehkan komputer lain dalam rangkaian mengakses sumber pada komputer anda. Apabila anda menggunakan PC mudah alih anda di tempat Hotspot, lumpuhkan fail dan pencetak daripada perkongsian dan serangan penggodam.

*Pengguna Windows 7 – Klik Start – Control Panel – Network and Internet – Network and Sharing Center – Homegroup and sharing options – Change advanced sharing settings – File and printer sharing – Turn off file and printer sharing – Save changes.

7. Pemantauan pintu akses

Jika terdapat kemudahan WiFi, anda pasti terdorong melakukan sambungan. Ia akan menyambung ke pusat akses dan menghubungkan anda ke sistem berwayar utama untuk Internet. Untuk memastikan sambungan betul, konfigurasi PC anda untuk membolehkan anda meluluskan pusat akses sebelum menyambung.

8. Privasi folder anda

Apabila folder pada PC mudah alih anda diprivasi, ia adalah lebih sukar bagi penggodam untuk mengakses fail anda.

*Pengguna Windows 7 – Start – Control Panel – Dalam kotak carian, taip Network – Network and Sharing Center – Change advanced sharing settings – Klik pada V untuk memperluaskan profil rangkaian semasa anda. Di bawah Public folder sharing – Turn off Public folder sharing (people logged on to this computer can still access these folders) – Save changes.

9. OS dan aplikasi ‘up to date’.

Hampir setiap minggu ada kemas kini keselamatan terbaru diumumkan dan tidak terhad di bahagian sistem OS Windows atau pun program Office sahaja. Kebanyakan virus dan worm berniat jahat telah merebak dan tersebar melalui e-mel, jadi berhati-hati terutamanya ketika membuka lampiran.

10. Gunakan Antivirus

Seharusnya tidak perlu diberitahu lagi, cuma mengingatkan. Pastikan peranti akses WiFi anda dipasang perisian antivirus. Ini untuk kawalan malware dan memastikan anda terlindung dari bahaya lain apabila mengakses WiFi secara terbuka.

Semoga beberapa tip ini dapat membantu korang dalam menjalankan urusan harian walau dimana saja korang berada dalam keadaan yang selamat.

Credit to : Majalah PC Karangkraf